Mari mengenali Keluarga Ultraman XD
Ini antara entry paling meraban pernah saya buat setelah kepala otak ni
jem dengan pelbagai perkara yang nak, sedang dan akan dibuat.Kita meneroka dunia Ultraman...@ Otroman.Sebenarnya, Ultraman ni keluarga dia dah beranak pinak sejak dari moyang segala ultraman, iaitu Ultraman sendiri.
Ultraman merupakan siri TV yang kali pertama disiarkan pada 17 Julai 1966 di Jepun melalui Tokyo Broadcasting System.
Episod pengenalannya disiarkan seminggu sebelum itu, 10 Julai, 1966.
Penciptanya, Eiji Tsuburaya (1901-1970) memulakan projek Ultraman ini
setelah menubuhkan Tsuburaya Productions, sebuah makmal kesan khas.Ia merupakan projek kedua Eiji dalam siri Ultranya, di mana yang pertama dikenali sebagai Ultra-Q.Memandangkan sambutan hebat akan Ultra-Q, maka lahirlah Ultraman sebagai kesinambungan akan Projek Ultra-Q tersebut.
Dan
bagi membezakannya dengan Ultra-ultra sebelumnya, maka Ultraman asli
pertama ( Shodai Urutoraman) dinamakan Ultraman Hayata dan dialah
moyang segala Ultraman yang ada sekarang.
Bagaimanapun,
40 tahun kemudian, mungkin kerana kecelaruan genetik atau akibat kahwin
campur antara cucu-cicit sepapat ultra-ultra itu, tiba-tiba lahirlah
pula Cicakman di Malaysia.
Kajian sedang dijalankan samada ia ada kaitan dengan Ultraman Tiga , Ultraman Gaia (nama asal Ultraman Gayah) dan Ultraman Dyna.
Ketiga-tiganya dipercayai pernah datang ke Malaysia menyebabkan mereka tertarik menggunakan nama seakan-akan Melayu itu.Ultraman Agul juga mungkin ada kaitan kerana difahamkan pernah menetap di Nusantara sebagai Ultraman Agus dan datang ke Malaysia merantau.
Di sini, dipaparkan Ultraman-ultraman yang mula-mula sampailah ke Ultraman yang Ke 16.
1.Ultraman - July 1966

2-Ultraman Seven - Oktober 1967

3-Ultraman Jack -April 1971

4.Ultraman Ace- April 1972

5-Ultraman Taro - April 1973

6-Ultraman Leo- April 1974
7-Ultraman Jonias @ Joe - bermulanya siri Animasi Ultraman
8-Ultraman 80 - April 1980
9-Ultraman Great - 1990

10-Ultraman Powered - 1995
11- Ultraman Neos - sepatutnya keluar siri TV tahun 1996, tetapi ditarik balik, dan akhirnya keluar sebagai siri Video sekitar tahun 2000)
12-Ultraman Zearth - Mac 1996

13-Ultraman Tiga - Sept 1996

14-Ultraman Dyna - Sept 1997

15-Ultraman Gaia - Sept 1998

16- Ultraman Agul (muncul dalam siri Ultraman Gaia, Sept 1998)